Wednesday, January 8, 2014

Rahsia ibu

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi rahsia dan petua bagi ibu- ibu yang menyusu.. Ni adalah petua turun temurun dari orang- orang tua.. My mum of course..

❤️ 1. Banyakkan minum air.. Yang ni sangat penting... Tak boleh tidak.. The more fluid u take, the more fluid(susu) u make(produce).. Sekurang- kurangnya tiga liter sehari.. * untuk permulaan mmg rasa mcm bloated sikit, tp lama ok insyaAllah..initially, kulit pun akan makin cantik n moist je..

❤️ 2.  Masa dalam pantang kat kampung, mak celurkan pucuk ubi keledek.. Di terengganu dipanggil pucuk ubi steller.. Mungkin ada yg tak berani takut berangin.. Terpulang pd individu.. Berkesan pada saya.. Susu melimpah2 alhamdulillah.. 🐳

❤️ 3.  Lobak putih.. Seriously sangat-sangat berkesan jugak.. Saya suka masak dia half cooked je.. Sedap walaupun pahit2 sikit..

❤️ 4.  Fenugreek.. Kita orang melayu panggil halba.. Saya letak dalam rice cooker bila masak nasi, kalau masak kari letak dalam kari.. Kadang rendam je dalam air panas n minum bila suam.. Hasilnya, susu bengkak dan surprisingly, ketiak bau manis.. Hmm.. I like..

❤️ 5.  Alfafa.. Yang ni boleh kita beli yang segar..kat jaya jusco pun ada.. Kat tesco pun ada.. Rupa dia mcm tauge tp lebih halus dan cantik.. It works!

❤️ 6.  Longan kering.. Rebus je dgn air panas and minum..memang insyaAllah melimpah susu ibu-ibu.. InsyaAllah..

❤️ 7.  Susu.. Hmm penting..sbb badan kita hilang kalsium yg banyak.. Baby ambik semua yg baik utk dia.. Sebab tu gusi senang sakit dan rambut banyak gugur.. Ingatan pun macam tak sekuat sebelum bersalin.. Jadi, kalsium sangat penting ya.. Tulang kena jaga.. Gigi pun kena jaga.. Nak pakai lama kot... 😀

❤️ 8.  Pil perancang.. Kalau boleh elakkan ye.. Pil perancang ni boleh keringkan susu ibu- ibu... Sepanjang yang saya tahu ada satu je yang tidak.. Noriday, sbb dosnya rendah.. Tapi sangat senang naik badan.. Saya mengalaminya.. 😭

❤️ 9.  Habbatus sauda.. Ibu segala ubat.. Terdapat dalam bentuk kapsul dan minyak..

❤️ 10. Oat.. Saya kurang mampu nak telan oat.. Tapi campur dengan horlicks, alhamdulillah.. Bolehlah telan..

❤️ 11. Jintan manis.. Rendam dalam air panas dan minum bila dah suam.. Kalau nak sedap lagi, bolehlah tambah madu sebelum minum.. Thumbs up! 👍

 Sekian untuk perkongsian kali ini.. Tak dapat fikir dah sebab ngantuk.. Nanti kalau teringat saya update lagi.. Selamat membaca dan selamat mencuba.. Selamat menyusus bayi tercinta anda ibu-ibu.. ❤️❤️❤️😍😍😍

Assalamualaikum.. 😴😴😴

Saturday, December 21, 2013

Perjalanan emas..

Peluang menyusukan anak-anak adalah suatu pengalaman yang amat berharga bagi setiap ibu di dunia ini.. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan dan merezekikan peluang untuk saya menyusukan putera dan puteri saya..

Perjalanan menyusukan putera sulung berjalan lancar dan tidaklah sesukar perjuangan menyusukan tuan puteri.. Ketika anakanda sulung masih lagi menyusu saya hanyalah surirumah sepenuh masa, so sepanjang masa hanyalah direct feeding..semestinyalah direct feeding adalah kuasa yang hebat memastikan supply susu tidak terjejas.. Hanya apabila anakanda yang dinamakan Adam berusia setahun lebih barulah saya mula bekerja.. 

Alhamdulillah bila saya mula bekerja dia sudah mula makan solid food yang mana membuatkan dia tidak terlalu bergantung kepada susu.. Tambahan pula, bila menggunakan botol, dia hanya minum susu dalam kuantiti yang sedikit.. Jadi walaupun pd ketika itu usaha memerah susu hanyalah untuk bekalan esok harinya, alhamdulillah Adam berjaya disusukan selama dua tahun satu bulan..

Berbeza dengan anakanda kedua, si kecil Che Kalthum Hawa, saya menyambung pelajaran ketika kandungan berusia 5 bulan.. Malang sekali, pusat pengajian tidak membenarkan tempoh cuti bersalin lebih dari dua minggu.. Pada ketika itu hati memang resah dan gelisah.. Air mata menjadi peneman setia apabila memikirkan tidak akan mampu menyusukannya seperti mana abangnya.. Allahuakbar..

Memang saya mengetahui kaedah penyimpanan susu, tetapi bila memikirkan tempoh dua minggu yang sangat pendek, hati terasa libang libu.. Kesimpulannya memang tidak banyak stock yang berjaya disimpan.. Pada ketika itu dia dihantar ke taska hanya 4 botol kecil sebagai bekalan.. Dengan doa semoga mencukupi susu tersebut.. Malangnya saban hari guru taska memaklumkan bahawa si kecil ini sangat kuat menyusu..Allahuakbar..

Mungkin kerana ilmu yang tidak mencukupi tidak banyak susu yang berjaya diperah..memang banyak pembacaan yang dilakukan, tetapi mungkin masih belum mencukupi.. Kesibukan dan tekanan belajar membuatkan penghasilan susu semakin merudum hari demi hari.. Pada ketika tu memang sedih yang tak terhingga..

Proses memerah susu pun tidak dapat dilakukan sekerapnya memandangkan jadual kelas yang padat dan tidak ada waktu senggang.. Klimaks pada permasalahan ini adalah apabila saya diamanahkan mengetuai sebuah program.. Sekali sessi perahan hanya berjaya mendapat 3oz pada ketika itu.. Allahuakbar, resahnya hati..

Melalui pembacaan yang saya lakukan ramai mengesyorkan produk Shaklee sebagai suplemen utk membanyakkan susu.. Apabila bertanyakan harga, subhanallah terasa kurang mampu lantaran saya masih lagi seorang full time student.. Tidaklah terlalu mahal, tetapi memandang kepada keadaan saya yang belum berpendapatan tetap terasa kesian nak bebankan lagi suami.. Sememangnya tiada halangan daripada pihak beliau, tetapi saya tetap terasa segan.. Namun jika difikirkan semula, apalah sangat nilai itu jika dibandingkan apa yang akan saya hadiahkan kepada anakanda..titisan ajaib susu ibu...

Apabila mendapat tahu classmate saya menjadi pengedar sah shaklee, sy merisik2 padanya untuk mendapatkan set penyusuan yang berpadanan dengan kemampuan saya.. lega sungguh bila dia menyatakan sy boleh mendapatkan melaluinya dengan menggunakan pakej jimat ESP dan Alfafa.. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, saya terus mendapatkannya daripada beliau..

Dua hari pertama menggunakan ESP saya dapat merasakan ia sangat mengenyangkan.. Saya boleh bertahan tanpa rasa lapar hingga ke waktu maghrib ( ketika itu adalah bulan puasa )..ini adalah perkembangan yang sangat baik..

Seterusnya, menjelang pukul sepuluh pagi susu akan mula terasa bengkak dan berat.. Kadang-kadang pukul sembilan dah dapat rasa kebengkakannya..

Pada waktu malam hari pula, tuan puteri langsung tidak bangun menyusu.. Kadang- kadang kalau bernasib baik dia akan bangun menyusu sekali.. Itupun pada sekitar pukul lima pagi.. Yang pastinya breast memang sakit sbb bengkak dan baju akan basah.. (
kesilapan saya ketika ini ialah hanya perah sekali pada waktu malam kerana sayangkan tidur..my bad )

Akhirnya, saya dapat kesimpulan, ESP bukan hanya mengenyangkan saya bahkan turut mengenyangkan tuan puteri.. Sepanjang malam tidurnya lena.. Saya juga dapat merehatkan diri setelah seharian penat menimba ilmu.. Alfafa juga sangat hebat dalam membantu saya memperbanyakkan susu.. Dan satu ilmu penting yang saya pelajari melalui pembacaan di blog2 pengedar shaklee ialah, saya tidak boleh sepenuhnya bergantung harap pada produk yang hebat ini semata- mata.. 

Disiplin di dalam penjadualan memerah susu adalah sangat penting.. Tidak boleh skip walaupun sehari.. Jika terpaksa skip, haruslah diganti dengan PP (power pumping)... PP sangatlah membantu untuk memastikan penghasilan susu sentiasa banyak.. Dan yang paling penting adalah hebatnya doa dan pergantungan harap pada Allah S.W.T.. Oh ya, diet yang seimbang dan pengbilan air masak yang banyak juga sangat penting.. Konsep asas demand and supply adalah tunjang kepada usaha menyusukan anak-anak anugerah Allah ini..

Kini, tuan puteri sudah berusia hampir setahun 8 bulan.. Masih berbaki 4 bulan lebih perjuangan memberikan susu yang terbaik buatnya.. Semoga saya sentiasa kuat dan berjaya menamatkan perjuangan ini dengan jayanya.. InsyaAllah...

Happy sungguh dapat makan bubur.. Bubur lambuk pun dia layan.. 👍😍😍

Kegemaran dia...


Huge step

I am going to take a huge step to change the living of my family.. I cannot wait any longer.. Something needs to be done.. Oh Allah, please give me your blessings.. Please ease my journey ya Allah.. U r the most compassionate and the most merciful..by your name ya Allah, ya Rahman, ya Razzaq ya Wahhab..help me ya Allah.. 

بسم الله الرحمن الحيم



Wednesday, December 18, 2013

Love is in the air..

Hubby forwarded this to me..so sweet.. ❤️❤️❤️

RAYUAN SEORANG AHLI TAJWID KEPADA ISTERINYA

Dik, saat pertama kali berjumpa denganmu, aku bagaikan berjumpa dengan Saktah hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar.

Aku di matamu mungkin bagaikan Nun Mati di antara idgham Billaghunnah, terlihat, tapi dianggap tak ada.

Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti Idzhar,
jelas dan terang.

Jika Mim Mati bertemu Ba disebut ikhfa Syafawi, maka jika aku bertemu dirimu, itu disebut cinta.

Sejenak pandangan kita bertemu, lalu tiba-tiba semua itu seperti Idgham Mutamaatsilain melebur jadi satu.

Cintaku padamu seperti Mad Lazim ...
Paling panjang di antara yang lainnya...

Setelah kau terima cintaku, hatiku rasanya seperti Qalqalah Kubro..
terpantul-pantul dengan keras.

Dan akhirnya setelah lama kita bersama, cinta kita seperti Iqlab,
ditandai dengan dua hati yang menyatu.

Sayangku padamu seperti Mad Thobi'I dalam quran.
Buanyaaakkk beneerrrrr.

Semoga dalam hubungan, kita ini kayak idgham Bilaghunnah ya,
cuma berdua, Lam dan Ro' .

Layaknya Waqaf Mu'annaqah, engkau hanya boleh berhenti di salah
satunya, dia atau aku ?

Meski perhatianku ga terlihat kaya Alif Lam Syamsiah, cintaku padamu seperti Alif Lam Qomariah, terbaca jelas.

Dik, kau dan aku seperti Idghom Mutajanisain.
perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya tapi berlainan sifatnya.

Aku harap cinta kita seperti Waqaf Lazim, terhenti sempurna di akhir hayat.

Sama halnya dgn Mad 'Aridh dimana tiap mad bertemu Lin Sukun Aridh akan berhenti, seperti itulah pandanganku ketika melihatmu.

Layaknya huruf Tafkhim, namamu pun bercetak tebal di fikiranku

Seperti Hukum Imalah yg dikhususkan untuk Ro' saja, begitu juga aku yang hanya untukmu.

Semoga aku jadi yang terakhir untuk kamu seperti Mad Aridh lissukun

I love u hubby..fillah..aku juga ingin jd jadi yang terakhir untukmu..seperti mad aridh lissukun.. ❤️❤️❤️

Monday, November 4, 2013

Examination

The examination is just around the corner.. So "near"..

But me, still crawling in the dark.. Still crawling for the courage and spirit.. I am so overwhelmed now!

What to do?? Oh Allah, please be nice to me.. Please make things easy for me.. Please make my memory strong.. Please open my heart and mind to absorb all the knowledge.. Please make everything comes out smoothly when i am jotting down the answers.. Please Allah.. Please..

رب يسر ولا تعسر
رب تمم بالخير


READ, READ AND READ!


Saturday, July 27, 2013

Baju kurung anak dara

Buahlah manggis di atas para
Sanak saudara sama menghurung
Sungguhlah manis si anak dara 
Di hari raya berbaju kurung

Ruang ria anak pak abu
Tersenyum ceria menyambut raya
Sungguh bahagia hati sang ibu
Menyambut raya anak dara bergaya

   Yeay! Berjaya siapkan baju kurung tuan puteri..selamat bergaya anakku..ini je yang termampu ibu buatkan..

Thursday, July 11, 2013

Selamat

Selamat berpuasa..
Semoga tahun ni lebih berjaya daripada tahun2 sudah...
Banyak sangat keje nak buat..
Satu pun tak bergerak..
Sebab tak bersusun apa yang nak dibuat..
Yang paling best sekarang adalah tidur..
Tapi tak dapat sebab banyak kerja..
Tapi berjaga pun satu apa tak bergerak..
Masih tak jumpa momentum..
Kan indah kalau belajar je takde assignment takde exam??