Saturday, December 21, 2013

Perjalanan emas..

Peluang menyusukan anak-anak adalah suatu pengalaman yang amat berharga bagi setiap ibu di dunia ini.. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan dan merezekikan peluang untuk saya menyusukan putera dan puteri saya..

Perjalanan menyusukan putera sulung berjalan lancar dan tidaklah sesukar perjuangan menyusukan tuan puteri.. Ketika anakanda sulung masih lagi menyusu saya hanyalah surirumah sepenuh masa, so sepanjang masa hanyalah direct feeding..semestinyalah direct feeding adalah kuasa yang hebat memastikan supply susu tidak terjejas.. Hanya apabila anakanda yang dinamakan Adam berusia setahun lebih barulah saya mula bekerja.. 

Alhamdulillah bila saya mula bekerja dia sudah mula makan solid food yang mana membuatkan dia tidak terlalu bergantung kepada susu.. Tambahan pula, bila menggunakan botol, dia hanya minum susu dalam kuantiti yang sedikit.. Jadi walaupun pd ketika itu usaha memerah susu hanyalah untuk bekalan esok harinya, alhamdulillah Adam berjaya disusukan selama dua tahun satu bulan..

Berbeza dengan anakanda kedua, si kecil Che Kalthum Hawa, saya menyambung pelajaran ketika kandungan berusia 5 bulan.. Malang sekali, pusat pengajian tidak membenarkan tempoh cuti bersalin lebih dari dua minggu.. Pada ketika itu hati memang resah dan gelisah.. Air mata menjadi peneman setia apabila memikirkan tidak akan mampu menyusukannya seperti mana abangnya.. Allahuakbar..

Memang saya mengetahui kaedah penyimpanan susu, tetapi bila memikirkan tempoh dua minggu yang sangat pendek, hati terasa libang libu.. Kesimpulannya memang tidak banyak stock yang berjaya disimpan.. Pada ketika itu dia dihantar ke taska hanya 4 botol kecil sebagai bekalan.. Dengan doa semoga mencukupi susu tersebut.. Malangnya saban hari guru taska memaklumkan bahawa si kecil ini sangat kuat menyusu..Allahuakbar..

Mungkin kerana ilmu yang tidak mencukupi tidak banyak susu yang berjaya diperah..memang banyak pembacaan yang dilakukan, tetapi mungkin masih belum mencukupi.. Kesibukan dan tekanan belajar membuatkan penghasilan susu semakin merudum hari demi hari.. Pada ketika tu memang sedih yang tak terhingga..

Proses memerah susu pun tidak dapat dilakukan sekerapnya memandangkan jadual kelas yang padat dan tidak ada waktu senggang.. Klimaks pada permasalahan ini adalah apabila saya diamanahkan mengetuai sebuah program.. Sekali sessi perahan hanya berjaya mendapat 3oz pada ketika itu.. Allahuakbar, resahnya hati..

Melalui pembacaan yang saya lakukan ramai mengesyorkan produk Shaklee sebagai suplemen utk membanyakkan susu.. Apabila bertanyakan harga, subhanallah terasa kurang mampu lantaran saya masih lagi seorang full time student.. Tidaklah terlalu mahal, tetapi memandang kepada keadaan saya yang belum berpendapatan tetap terasa kesian nak bebankan lagi suami.. Sememangnya tiada halangan daripada pihak beliau, tetapi saya tetap terasa segan.. Namun jika difikirkan semula, apalah sangat nilai itu jika dibandingkan apa yang akan saya hadiahkan kepada anakanda..titisan ajaib susu ibu...

Apabila mendapat tahu classmate saya menjadi pengedar sah shaklee, sy merisik2 padanya untuk mendapatkan set penyusuan yang berpadanan dengan kemampuan saya.. lega sungguh bila dia menyatakan sy boleh mendapatkan melaluinya dengan menggunakan pakej jimat ESP dan Alfafa.. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, saya terus mendapatkannya daripada beliau..

Dua hari pertama menggunakan ESP saya dapat merasakan ia sangat mengenyangkan.. Saya boleh bertahan tanpa rasa lapar hingga ke waktu maghrib ( ketika itu adalah bulan puasa )..ini adalah perkembangan yang sangat baik..

Seterusnya, menjelang pukul sepuluh pagi susu akan mula terasa bengkak dan berat.. Kadang-kadang pukul sembilan dah dapat rasa kebengkakannya..

Pada waktu malam hari pula, tuan puteri langsung tidak bangun menyusu.. Kadang- kadang kalau bernasib baik dia akan bangun menyusu sekali.. Itupun pada sekitar pukul lima pagi.. Yang pastinya breast memang sakit sbb bengkak dan baju akan basah.. (
kesilapan saya ketika ini ialah hanya perah sekali pada waktu malam kerana sayangkan tidur..my bad )

Akhirnya, saya dapat kesimpulan, ESP bukan hanya mengenyangkan saya bahkan turut mengenyangkan tuan puteri.. Sepanjang malam tidurnya lena.. Saya juga dapat merehatkan diri setelah seharian penat menimba ilmu.. Alfafa juga sangat hebat dalam membantu saya memperbanyakkan susu.. Dan satu ilmu penting yang saya pelajari melalui pembacaan di blog2 pengedar shaklee ialah, saya tidak boleh sepenuhnya bergantung harap pada produk yang hebat ini semata- mata.. 

Disiplin di dalam penjadualan memerah susu adalah sangat penting.. Tidak boleh skip walaupun sehari.. Jika terpaksa skip, haruslah diganti dengan PP (power pumping)... PP sangatlah membantu untuk memastikan penghasilan susu sentiasa banyak.. Dan yang paling penting adalah hebatnya doa dan pergantungan harap pada Allah S.W.T.. Oh ya, diet yang seimbang dan pengbilan air masak yang banyak juga sangat penting.. Konsep asas demand and supply adalah tunjang kepada usaha menyusukan anak-anak anugerah Allah ini..

Kini, tuan puteri sudah berusia hampir setahun 8 bulan.. Masih berbaki 4 bulan lebih perjuangan memberikan susu yang terbaik buatnya.. Semoga saya sentiasa kuat dan berjaya menamatkan perjuangan ini dengan jayanya.. InsyaAllah...

Happy sungguh dapat makan bubur.. Bubur lambuk pun dia layan.. 👍😍😍

Kegemaran dia...


No comments:

Post a Comment