Pada bulan pertama, adalah tempoh yang penting bagi bayi. Ada tiga perkara utama perkembangan si kecil yang boleh anda mesti perhatikan. Tiga perkara tersebut ialah kebolehan belajar, keupayaan bertutur dan kemampuan sosial.

BULAN PERTAMA
• Belajar

Untuk anak lebih kenal anda, rapatkanlah muka lebih kurang 30 sm daripada si manja. Hasilnya, ketika berusia satu bulan dia sudah mampu mengikut mimik muka anda.

• Bertutur
Bunyi pertama yang akan bayi anda keluarkan ialah bunyi tangisannya. Sedari lahir hinggalah usia mereka hampir satu bulan, hanya menangis yang mereka tahu. Akan tetapi, setelah usia semakin bertambah, anak anda akan mulai belajar mengagah.

• Bersosial
Selepas minggu-minggu pertama lahir ke dunia, bayi anda tidak banyak tindak
balasnya. Cuma dia akan menangis jika jasa tidak selesa. Selebihnya, dia akan
lebih banyak tidur tanpa apa-apa aktiviti lain.

BULAN KEDUA
• Belajar

Dalam usia dua bulan, bayi anda sudah boleh melihat banyak benda. Matanya juga boleh berupaya untuk mengekori setiap pergerakan yang berlaku di hadapannya.

• Bertutur
Si manja sudah semakin cerdik. Memberi tindak balasnya sewaktu anda bercakap cakap dengannya menandakan yang dia sedang belajar untuk berkomunikasi walaupun bukan dengan bahasa percakapan.

• Bersosial
Bayi anda sudah mula kenal rupa serta wajah orang-orang yang rapat dengannya. Ini membuatkan dia kelihatan lebih tenteram dan senang jika berdampingan dengan orang-orang tersebut berbanding dengan orang yang tidak dikenalinya.

BULAN KETIGA
• Belajar

Dia semakin pandai. Bayi anda akan mula menunjukkan minatnya terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Si kecil sudah boleh membalas percakapan anda dengan gerakan tubuh dan senyumannya.

• Bertutur
Pada masa ini, bayi anda sudah dapat membezakan antara percakapan dengan
bunyi-bunyian lain. Dia sudah dapat bertindak balas dengan bunyi yang diperdengarkan kepadanya.

• Bersosial
Akibat telah kenal wajah mereka yang rapat dengannya, bayi anda akan kelihatan takut jika mereka dikelilingi oleh orang yang tidak dikenali. Biasanya tindak balas yang akan mereka tunjukkan ialah dengan cara menangis ataupun dengan
memalingkan muka.

BULAN KEEMPAT
• Belajar

Dia juga akan ketawa tanda gembira apabila anda bermain-main dengannya. Juga, sudah pandai memilih apa sahaja yang mereka gemari. Misalnya, mereka akan ketawa jika gemarkan cara anda mengagah dan akan menangis jika dia tidak suka dengan apa yang anda lakukan padanya.

• Bertutur
Apabila telah mencecah usia empat bulan, bayi akan sudah semakin mahir mengeluarkan bunyi-bunyian daripada mulutnya sendiri. Antara bunyi yang menjadi kegemaran mereka ialah mama, dada, moo dan sebagainya.

• Bersosial
Pada ketika ini apa yang diinginkan oleh bayi ialah perhatian daripada anda. Jika boleh dia ingin anda sentiasa bersamanya sepanjang masa.



dear baby..please be good ok..ibu n papa n abang love you very much..