Saturday, January 11, 2014

Petua ibu menyusu -samb

Jika sebelum ni saya dah kongsi milk booster yang boleh membantu membanyakkan susu ibu, sekarang saya nak kongsi lagi tips yang perlu dalam menjayakan misi menyusukan si kecil permata hati..

❤️ konsep demand and supply
Konsep demand dan supply sangatlah penting.. Ia adalah common sense.. Bila ada demand adalah supply.. Bila ada permintaan adalah penawaran.. Betul tak? 

So, bila mampu, susukanlah baby secara langsung(direct feeding).. Jika bekerja atau belajar, sentiasalah pam atau perah susu anda.. InsyaAllah.. Bekalan susu akan sentiasa ada..

❤️ jadual perahan susu..
Bagi ibu- ibu yang bekerja atau belajar di mana kota terpaksa meninggalkan anak, pastikan kita membuat jadual perahan susu.. Selagi boleh dan terdaya, patuhlah pada jadual itu.. Don't skip pumping.. Badan kita, otak kita akan ter'set' dgn jadual tersebut.. Ia akan termasuk di dalam body clock kita.. Kalau kita sibu dan terskip pumping macam mane?

❤️ power pumping..
Power pumping tersangatlah membantu kita didalam mengembalikan rentak penghasilan susu..amalkan sekurang2nya seminggu sekali..insyaAllah..misi ibu-ibu akan berjaya dengan cemerlang.. Memang mengantuk.. Saya juga merasainya.. Memang sering terasa nak give-up.. Saya juga merasainya.. Tetapi membayangkan muka comel si kecil, insyaAllah akan kbali bersemangat..

Bila kita nak buat power pumping ni? Di waktu tengah malam.. Kerana ketika ini milk production kita sangat hebat..

❤️ penjagaan makanan..
Makanlah makanan yang berkhasiat.. Lebihkan sayur- sayuran.. Kita pasti nak anak kita dapat susu yang berkhasiat bukan? InsyaAllah...

❤️ air masak..
Minumlah air masak secukupnya.. Sekirang- kurangnya 2/3 liter sehari.. InsyaAllah..

❤️ psikologi..
Psikologi juga memainkan peranan yang penting.. Tenangkanlah hati ibu- ibu.. Jauhkan dari perkara- perkara yang mengganggu emosi.. Stress memang tidak baik untuk kita.. Bila ibu- ibu tenang, insyaAllah susu tidak akan segan2 memunculkan diri.. Stay positive ye! 💖💖💖

Oh ya! Sokongan dari pasangan juga penting tau.. Sangat penting.. Selalulah amalkan family hug dengan pasangan dan anak-anak untuk mendamaikan hati anda.. This is my favorite whenever i feel sad.. Magical!

❤️ hubungan dengan Allah
Akhir sekali dan yang paling penting ialah, jaga hubungan dengan Allah.. Banyakkan berdoa dan tawakkal padanya.. Saya suka zikir ya razzaq ya razzaq ketika memerah susu.. Dengan harap Allah akan memeriahkan rezeki susu untuk anak saya.. Setakat mana yang saya dapat saya bersyukur..

Jangan risau ibu2.. Setelah semua usaha dijalankan, insyaAllah pasti akan berjaya.. Seseorang pernah mengajarkan saya untuk mengamalkan surah albaqarah; ayat 60.. Sambil dibaca, peganglah puan B ibu- ibu.. Dengan doa dan niat supaya dicukupkan rezeki susu untuk anak kita.. InsyaAllah.. ❤️❤️❤️

   Anak- anak susu ibu...
That is me, breastfeeding in public.. KLIA u olls.. Perasan tak? Dia baik je kat dalam tudung tu...


No comments:

Post a Comment