Tuesday, July 14, 2015

Long time ago...



Have Faith...




Keep your dreams alive. 
Understand to achieve anything requires faith and believe in yourself, vision, hard work, determination and dedication. 
Remember all things are possible for those who believe...

Be patient..

Everything we gain always comes with a cost to pay. it needs sacrifices and on top of all patience. It is hard to achieve what we dream of without patience. Patience is the mother of our effort. put the highest level of patience we have, and the reward in the end is the sweetest ever we have. 


"Patience serves as a protection against wrongs as clothes do against cold. For if you put on more clothes as the cold increases, it will have no power to hurt you. So, in like manner, you must grow in patience when you meet with great wrongs, and they will then be powerless to vex your mind."

~ Leonardo da Vinci
            -repost from my another blog- (going to be removed soon)

Saturday, February 8, 2014

So long..

It has been so long..
So many things happened recently.. 
The biggest and happiest of all is the birth of my darling sweetheart CHE HUSSEIN BIN CHE HASSAN.. Our latest bundle of joy.. Alhamdulillah..


CheHussein bin Che Hassan
Born on 3rd September 2014
Wednesday; 7.15am
3.4kg ; 52cm
Alhamdulillah..
Thank you Allah..


Tuesday, February 4, 2014

Balik kampung..

Sempena cuti tahun baru cina yg panjang, kami mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung...

Adam sangat gembira nampaknya.. Dia demam dan muntah2 pada hari kami nak bertolak balik ke terengganu.. Bila dikatakan tak jadi balik kampung sebab dia demam, "nanti adam makan ubat ngan minum air masak.. Nanti demam baik la.. Adam nak balik kampung jugak.." Jawabnya. Nampaknya dia dah terlalu rindukan sepupu- sepupunya.. Jadi kami pun baliklah juga ke kampung.. Dia muntah jugak sekali dalam perjalanan tu..

Sememangnya kepulangan ni berbaloi buat adam.. Kami sampai saar jarum jam menunjukkan pukul 11.37 malam.. Adam terus mencari sepupunya zaim yang sedang tidur.. Kesian adam.. Esoknya, awal2 lagi dah bangun dan mendapatkan zaim.. Ajaibnya, memang demamnya kebah... Hilang rindunya agaknya..

Terengganu memang sangat sejuk.. Suhu mencecah 21'C.. Kami tidur tanpa perlu memasang kipas pun.. Itupun masih memerlukan selimut tebal.. Tidak betah rasanya sejuk2 begitu.. Berbual2 dengan adik2 pun sambil berselimut.. Sejuknya yang amat.. Hadiahnya, selsema.. Hidung tersumbat.. Dan bila dah balik melaka ni pun belum baik selsemanya..

Mak tentulah orang yang paling gembira.. Kami semua pulang untuk meluangkan masa di kampung.. Kami juga sempat mengadakan kenduri arwah untuk arwah ayah yang sangat dirindui.. 😭

Selain daripada kenduri arwah, kami juga sempat ber"bbq" kecil- kecilan.. Yang lebih penting kami dapat meluangkan masa berkualiti bersama- sama.. Bukan senang nak berkumpul bila masing2 dah berkeluarga dan mempunyai kehidupan sendiri ni.. Alhamdulillah kami semua dan mak sangat bergembira.. Semoga kebahagiaan ni dapat diteruskan pada masa akan datang..

Pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan.. Kami pun begitu.. Sekarang kami dah kembali ke lubuk rezeki kami.. Kehidupan mesti diteruskan.. Semoga murah rezeki kami untuk pulang lagi ke desa bonda di masa akan datang.. Ameen..

Untuk bekalan perjalanan pulang, bonda telah bermurah hati menyediakan nasi dagang untuk anak dan menantunya.. Berbekalkan nasi dagang air tangan bonda, kami sempat berhenti makan di pantai kemasik.. Mini picnic la lebih kurang.. Alhamdulillah.. Berkat sungguh rasanya air tangan mak... 🌹🌹🌹

Sekarang, melayan demam dan selsema yang melanda.. Di melaka hari ni sudah tidak sesejuk terengganu... Walau apapun, Alhamdulillah.. 







Monday, January 13, 2014

Main pasir..

Semalam kami direzekikan Allah untuk bawak anak2 pergi ke pantai.. Sudah berhari- hari che adam merengek- rengek nak pergi pantai.. Klimaksnya bila dia mula pergi main pasir depan pagar rumah ni.. Oh no no no no.. It's a big NO!

Neighbour sebelah ni bukan orang melayu.. Bela anjing and birds as pets.. Petang- petang selalu lepaskan anjing dia .. Mandikan anjing pun kat depan tu la, dekat dengan tempat adam main pasir tu.. Oh tidak.. Tak apalah tak main apsir pun adam.. Bila dipanggil masuk, frust la dia.. "Abis tu macam mana Adam nak main tanoh?" Kata dia.. 

Saya angkat kening pada papa dia.. "Jomlah pergi pantai.. Kesian anak ni.." Minta saya pada dia... 

Jadi tertunailah hajat sang anak.. Gembiranya dia, Allah je tau.. Siap taknak balik.. Aduhai.. "Adam tak suka jugak balik" kata dia tanda protes.. Tak nak balik.. Tapi dengan sedikit rasionalisme, dia bersetuju pulang..

"Seronok..." Kata dia..(baca dengan nada upin ipin, mmg sgt kuat pengaruhnya.. Saya hanya tersenyum.. Tidak berhenti- henti bicaranya tanda gembira.. Berulang- ulang kali seronok itu diulangnya...

Alhamdulillah.. 
Tiada yang lebih menggembirakan selain melihat kegembiraan anak- anak..
Tiada yang lebih meriangkan selain melihat keriangan anak- anak..
Tiada yang lebih mendamaikan selain melihat kedamaian anak- anak..
Sesungguhnya anak- anak itu rahmat..
Sesungguhnya anak- anak itu pahala..
Alhamdulillah untuk nikmat ini.. 
Terima kasih ALLAH.. ❤️❤️❤️

Adik tumpang sekaki..

Ibu sayang pada kalian anak- anak..


Saturday, January 11, 2014

Petua ibu menyusu -samb

Jika sebelum ni saya dah kongsi milk booster yang boleh membantu membanyakkan susu ibu, sekarang saya nak kongsi lagi tips yang perlu dalam menjayakan misi menyusukan si kecil permata hati..

❤️ konsep demand and supply
Konsep demand dan supply sangatlah penting.. Ia adalah common sense.. Bila ada demand adalah supply.. Bila ada permintaan adalah penawaran.. Betul tak? 

So, bila mampu, susukanlah baby secara langsung(direct feeding).. Jika bekerja atau belajar, sentiasalah pam atau perah susu anda.. InsyaAllah.. Bekalan susu akan sentiasa ada..

❤️ jadual perahan susu..
Bagi ibu- ibu yang bekerja atau belajar di mana kota terpaksa meninggalkan anak, pastikan kita membuat jadual perahan susu.. Selagi boleh dan terdaya, patuhlah pada jadual itu.. Don't skip pumping.. Badan kita, otak kita akan ter'set' dgn jadual tersebut.. Ia akan termasuk di dalam body clock kita.. Kalau kita sibu dan terskip pumping macam mane?

❤️ power pumping..
Power pumping tersangatlah membantu kita didalam mengembalikan rentak penghasilan susu..amalkan sekurang2nya seminggu sekali..insyaAllah..misi ibu-ibu akan berjaya dengan cemerlang.. Memang mengantuk.. Saya juga merasainya.. Memang sering terasa nak give-up.. Saya juga merasainya.. Tetapi membayangkan muka comel si kecil, insyaAllah akan kbali bersemangat..

Bila kita nak buat power pumping ni? Di waktu tengah malam.. Kerana ketika ini milk production kita sangat hebat..

❤️ penjagaan makanan..
Makanlah makanan yang berkhasiat.. Lebihkan sayur- sayuran.. Kita pasti nak anak kita dapat susu yang berkhasiat bukan? InsyaAllah...

❤️ air masak..
Minumlah air masak secukupnya.. Sekirang- kurangnya 2/3 liter sehari.. InsyaAllah..

❤️ psikologi..
Psikologi juga memainkan peranan yang penting.. Tenangkanlah hati ibu- ibu.. Jauhkan dari perkara- perkara yang mengganggu emosi.. Stress memang tidak baik untuk kita.. Bila ibu- ibu tenang, insyaAllah susu tidak akan segan2 memunculkan diri.. Stay positive ye! 💖💖💖

Oh ya! Sokongan dari pasangan juga penting tau.. Sangat penting.. Selalulah amalkan family hug dengan pasangan dan anak-anak untuk mendamaikan hati anda.. This is my favorite whenever i feel sad.. Magical!

❤️ hubungan dengan Allah
Akhir sekali dan yang paling penting ialah, jaga hubungan dengan Allah.. Banyakkan berdoa dan tawakkal padanya.. Saya suka zikir ya razzaq ya razzaq ketika memerah susu.. Dengan harap Allah akan memeriahkan rezeki susu untuk anak saya.. Setakat mana yang saya dapat saya bersyukur..

Jangan risau ibu2.. Setelah semua usaha dijalankan, insyaAllah pasti akan berjaya.. Seseorang pernah mengajarkan saya untuk mengamalkan surah albaqarah; ayat 60.. Sambil dibaca, peganglah puan B ibu- ibu.. Dengan doa dan niat supaya dicukupkan rezeki susu untuk anak kita.. InsyaAllah.. ❤️❤️❤️

   Anak- anak susu ibu...
That is me, breastfeeding in public.. KLIA u olls.. Perasan tak? Dia baik je kat dalam tudung tu...


Wednesday, January 8, 2014

Tulang belut

Dua minggu ni mood menjahit sangat- sangat memuncak... Minggu lepas jahit barut perut untuk anak saudara yg bakal lahir Mac ni..saja cuba- cuba.. Menjadi nampaknya Alhamdulillah..

Lepas tu pergi kedai kain cari kain nak buat baju maktab, tiba- tiba ternampak kain cotton yang sangat cantik.. Terus grab.. Dengan berkobar- kobar, terus tunjuk suami.. 

"Surprise... Bibah beli kain untuk buat boxer abib.."

"Wah, bestnya." Kata dia sambil tersenyum..

Baliknya, dia terus membuat pattern untuk boxer yang benda dijahit.. Dengan semangat berkobar-kobar dan bertabah tahap tinggi, akhirnya berjaya juga siap boxer dia... Boleh la.. Hehe.. Sakit tangan tetas jahit tetas jahit tau.. Tapi bila tengok dia gembira hati terasa sangat puas..



Esoknya, balik dari kelas, terasa nak buat lagi.. This time around nk try buat ada fly kat depan.. Yang semalam punya tak ada.. Siap melukis la bagai...tetas boxer lama dia buat panduan.. Alhamdulillah menjadi jugak..tak la cantik macam kat kedai, tapi bolehlah... Hehe.. Janji suami sayang.. Dapat snetuhan isteri.. Sampai tergunting tangan dek semangat sangat berkobar.. Hehe



Malam tadi alhamdulillah baju maktab yang nak dijahit berjaya disiapkan.. Tapi belum bersembat dan tikam leher.. Hari ni, balik je dari kelas, sambil duduk- duduk layan anak dan berkira- kira nak tikam leher baju, tiba- tiba terasa nak buat tulang belut.. Dulu pernah buat sekali... Tapi memang dah lupa completely.. Try cari kat google and youtube.. Tapi takde dalam youtube.. Alhamdulillah jumpa satu blog yang tunjuk cara.. Penulis menunjukkan gambar dan penetangan satu persatu.. Yeay! Saya berjaya..

Bolehlah kan...hehe

So, selamat membaca dan selamat cuba jugak.. Menjahit ni satu terapi untuk saya.. Untuk lupakan stress...

Love,
Ayu