Friday, February 3, 2012

rabi'ul awal...

3 tahun lepas pada bulan rabi'ul kami telah dianugerahkan Allah satu anugerah yang tak ternilai harganya...satu anugerah yang amat dicintai dan disayangi..satu anugerah yang teramat berharga..hadiah terbaik untuk tahun pertama perkahwinan kami..

1 rabi'ul awwal...seorang insan yang menjadi lambang cinta kami telah selamat dilahirkan di dunia ini...menjengah kehidupan di alam fana ini...kami sambut dengan penuh syahdu dan syukur yang tidak terhingga...saat pertama menyentuhnya adalah saat yang tak mungkin dapat dilupakan seumur hidup..sungguh indah..seolah-olah terbang di kayangan...terasa memiliki kebahagiaan seluruh dunia..tak terkata rasanya kebahagiaan dan kegembiraan itu...

hadiah itu kami namakan che adam...putera sulung kami dinamakan sempena nama manusia pertama yang Allah ciptakan...abul basyar, nabi Adam a.s...dengan harapan akan membesar menjadi hamba yang taat dan anak yang soleh..alhamdulillah..kami direzekikan Allah dengan kebahagiaan menjadi ibu dan papa kepada anak yang sangat membahagiakan..

setiap tahun, tarikh 1 rabi'ul awwal ini tak pernah terlepas dari ingatan ini...

tahun ini...Allah kurniakan rezeki berganda..adam bakal bergelar abang...dan ibunya mendapat rezeki mengejar impian..mendapat apa yang sangat disukai selama ini...tetapi dalam kegembiraan dan kesibukan mengejar mimpi, ibu telah terlupa terlepas tarikh 1 rabi'ul awwal ini...hanya hari ini, 10rabi'ul awwal barulah tersedar bahawa ibu telah terlepas tarikh lahir anak kesayangan ibu...maafkan ibu adam...

maafkan ibu adam...ibu tak sengaja...rupanya dalam ibu mengejar cita2 ibu terlepas banyak detik dengan adam..ibu terleka sayang...jangan dendam dengan ibu ye...doa ibu sentiasa ada untuk anak ibu...semoga adam membesar menjadi pembela agama ALLAH...mendapat kejayaan di dalam hidup..berbakti untuk hamba ALLAH yang lain...cintai Rasulullah dengan sebenar-benar cinta...selepas ALLAH dan Rasulullah barulah cintai ibu dan papa...dan adik...

Selamat hari lahir sayang...
Ibu sayang adam...
Sayang sangat-sangat...
Tak terkata...adam permata hati ibu...

No comments:

Post a Comment