Saturday, May 19, 2012

tak tahu apa2

rezeki milik ALLAH..ya ALLAH, murahkanlah rezeki kami..hari ni perah susu dpt sikit je..susah hati rasanye..harap2 cukupla untuk baby minggu depan...kesian baby kalau tak cukup..

ibu baby pulak,rase sangat bosan...tak sabar dah rasanye nk keluar jalan2...aduh...bosan sangat2...teringin nak makan egg tart...huhbestnye kalau dapat ni..bahagia tak terhingga rasenye..

sekian...entry bosanberakhir di sini...


Friday, May 18, 2012

semoga berjaya

bercita- cita tinggi..
berhasrat menyusukan kalthum hawa..
exclusively breast  feeding sehingga 2tahun..
macam abgnya adam..
harap2 rasa jemu atau malas tidak menyinggah..
yaALLAH..
murahkanlah rezekiku dan anakku..
kurniakanlah aku dan anakku rezeki susu yang banyak yaALLAH..
bantulah kami yaALLAH...



Thursday, May 17, 2012

Subahanallah..indahnya..

Janin di dalam kandungan juga sensitif terhadap persekitaran ibunya. Sentuhan lembut tangan ibu pada bahagian perut boleh membuatkan janin bertindak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Hal ini berlaku kerana, janin di dalam kantung rahim sebenarnya bergerak.

Secara umumnya, janin akan bergerak pada kiraan normal sebanyak 10 kali dalam satu hari atau sekali dalam satu jam. Gerakannya akan menjadi lebih aktif pada sebelah malam. Keadaan itu sebenarnya dipengaruhi oleh hormon di dalam tubuh ibu yang bertindak lebih aktif pada malam hari. Begitu juga dengan keaktifan gerakan janin juga berbeza antara satu sama lain. Sebab itulah, ibu tidak perlu membandingkan gerakan janin dengan ibu-ibu yang lainnya. Sememangnya gerakan janin itu cukup unik sifatnya.



1. Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan meng geliat terlebih dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang menge liat di pagi hari mampu untuk membangunkan anda dari tempat tidur. Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang.

2. Janin Juga Melakukan Senaman
Bagaimana bentuk senaman janin? Janin akan membuat gerakan meluruskan kaki kanan ke hadapan, diikuti kaki kirinya. Ia juga akan meluruskan tangan ke depan, diikuti tangan kirinya. Ibu pula merasai seolah-olah janin membuat gerakan menendang dan menyiku, walhal janin sedang melatih otot tubuhnya untuk meregang.

3. Menghisap Ibu Jari
Gerakan ini bukan sahaja dilaku kan oleh bayi atau kanak-kanak, janin di dalam kandungan juga boleh melaku kan aksi sebegini. Selalunya janin akan memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apa bila ibunya menikmati makanan yang enak. Janin akan menunggu turunnya zat-zat pemakanan yang diambil ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta. Indah bukan fakta ini.

4. Berpusing
Ketika anda sedang sibuk bekerja, janin juga mahu menikmatinya. Ketika itulah ia sibuk menggerakkan kedua-dua tangan. Apatah lagi, apabila ia menganggap tali pusat yang menghubungkan janin dengan ibunya adalah sesuatu benda yang menarik. Ia akan memusing-musingkan tali pusat dan menggunakannya untuk berpindah dari satu posisi ke posisi yang lain.

5. Mengetuk Janin
Keadaan ini boleh dikesan atau menerima tindak balas daripada janin apabila ia telah memasuki usia 24 minggu. Lagi pula, dalam usia ini janin sudah boleh memberi tindak balas kepada usapan tangan kerana sistem saraf pusat di seluruh tubuhnya sudah membesar sehingga ia mampu bertindak balas terhadap rangsangan sentuhan yang sedikit menekan. Tindak balas itu menandakan janin kembali menyapa salam dari ibunya.

6. Gerakan Di Tulang Rusuk
Apabila anda cuba berehat ataupun tidur, janin tidak mahu mengikut. Seolah-olah ia masih mahu bergerak dan bermain dengan cecair hangat ketuban. Gerakan itu adakalanya anda dapat rasai sampai ke bahagian tulang rusuk. Itu bermakna, janin sedang meminta ibunya memberi tindak balas agar membelai dan mengusap tubuhnya dari luar sehingga ia tertidur.

7. Aksi ‘Hormat’
Cuaca hangat di luar juga turut dirasai janin. Misalnya ketika berada di pantai yang terdedah dengan bahang mentari dengan mengenakan pakaian yang nipis dan jarang, janin akan melakukan aksi ‘hormat’ iaitu menutup mata atau kepalanya kerana silau tatkala melihat cahaya yang tembus ke dalam perut.

sangat2 merindui saat ini...Indah sungguh and hebat sungguh kuasa ALLAH..

Friday, March 2, 2012

penat..

penatnya rasa....kenapa penat sangat ni...aduhaii...
bila penat mula la terasa malas nak buat apa pun..
tolongla hilang rasa penat....


Thursday, February 23, 2012

trip to zoo

hari selasa kami satu kelas pergi zoo untuk coursework recreational sports..
seronoknya..tapi dengan keadaan sekarang terasa sedikit penatlah...kalthum hawa pun mengeras je memanjang..letih agaknya dia, ibu dia bawak berjalan..
tapi memang best...i had a lot of fun with all the girls..
banyak gambar yang dapat diambil untuk coursework...

but...it was a rainy day...so heavy it was...
basah lencun...aduhaii...sejuknya bukan main...sampai ke tulang...
bila bas datang, terus jump into the bus dengan basah2 mcmtu...
in addition, aircond dlm bus sejuknye yang amat...mak aiii...lebih dr sampai ke tulang lagi kesejukannya...balik hostel terus mandi sbb takut demam...

yesterday...
apa lagi hadiah dari kesejukan hujan plus aircond...
semput attacked me...dahla Mr. Husband tercinta outstation...
walaupun tak jauh, he didn't manage to come back for me...huhu..
pity him..he worried a lot about his wife ni..lagi pulak risaukan baby jugak...
during the afternoon, rase mcm dh ok...so i thought i would be ok la..
at the evening, it gets worsen...aduhaii..dugaannya...suami jauh di mata ni...
lastly, last night terpaksa pergi hospital...dkt emergency lagi..
terpaksa la sedut ventolin...n surprisingly, terus kena telan 6 pills...mak aii..
tak penah2 mcmtu..dh jd drug addict la pulak ni..mkn steroid...

alhamdulillah..arini dh sihat...
encik semput..sila jgn datang lg...
sian suami saya risau...
i need a lot of energy rite now..
i need to be in a good condition...
please, co operate with me ok?

note: sangat rindukan adam n papanya...cepatla balik..esok jgn lupa datang ambik ye...



Sunday, February 19, 2012

adam..

bicara dengan adam...

ibu: adam arini ibu g sekolah tau..mlmni adam tido ngan papa ye..ibu tido kat sekolah ibu..
adam: 'tak mboh' (tak nak)..nak ibu..nk tdo ibu...(nk tdo dgn ibu)..

huhu...sedihnye ati....uwaaaa...


Thursday, February 16, 2012

dari suami...

wahai isteri, kau permata
kau srikandi
kaulah ilham
pemberi ketenangan
kaulah intan, yg membuat jiwa bergemerlapan
kau lah jiwa yang memberi kasih sayang
kaulah insan yang aku sayang hanya kau seorang
aku meredhoi mu

email sang suami penguat semangat suatu ketika dulu..
terima kasih suami...