Saturday, February 8, 2014

So long..

It has been so long..
So many things happened recently.. 
The biggest and happiest of all is the birth of my darling sweetheart CHE HUSSEIN BIN CHE HASSAN.. Our latest bundle of joy.. Alhamdulillah..


CheHussein bin Che Hassan
Born on 3rd September 2014
Wednesday; 7.15am
3.4kg ; 52cm
Alhamdulillah..
Thank you Allah..


Tuesday, February 4, 2014

Balik kampung..

Sempena cuti tahun baru cina yg panjang, kami mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung...

Adam sangat gembira nampaknya.. Dia demam dan muntah2 pada hari kami nak bertolak balik ke terengganu.. Bila dikatakan tak jadi balik kampung sebab dia demam, "nanti adam makan ubat ngan minum air masak.. Nanti demam baik la.. Adam nak balik kampung jugak.." Jawabnya. Nampaknya dia dah terlalu rindukan sepupu- sepupunya.. Jadi kami pun baliklah juga ke kampung.. Dia muntah jugak sekali dalam perjalanan tu..

Sememangnya kepulangan ni berbaloi buat adam.. Kami sampai saar jarum jam menunjukkan pukul 11.37 malam.. Adam terus mencari sepupunya zaim yang sedang tidur.. Kesian adam.. Esoknya, awal2 lagi dah bangun dan mendapatkan zaim.. Ajaibnya, memang demamnya kebah... Hilang rindunya agaknya..

Terengganu memang sangat sejuk.. Suhu mencecah 21'C.. Kami tidur tanpa perlu memasang kipas pun.. Itupun masih memerlukan selimut tebal.. Tidak betah rasanya sejuk2 begitu.. Berbual2 dengan adik2 pun sambil berselimut.. Sejuknya yang amat.. Hadiahnya, selsema.. Hidung tersumbat.. Dan bila dah balik melaka ni pun belum baik selsemanya..

Mak tentulah orang yang paling gembira.. Kami semua pulang untuk meluangkan masa di kampung.. Kami juga sempat mengadakan kenduri arwah untuk arwah ayah yang sangat dirindui.. 😭

Selain daripada kenduri arwah, kami juga sempat ber"bbq" kecil- kecilan.. Yang lebih penting kami dapat meluangkan masa berkualiti bersama- sama.. Bukan senang nak berkumpul bila masing2 dah berkeluarga dan mempunyai kehidupan sendiri ni.. Alhamdulillah kami semua dan mak sangat bergembira.. Semoga kebahagiaan ni dapat diteruskan pada masa akan datang..

Pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan.. Kami pun begitu.. Sekarang kami dah kembali ke lubuk rezeki kami.. Kehidupan mesti diteruskan.. Semoga murah rezeki kami untuk pulang lagi ke desa bonda di masa akan datang.. Ameen..

Untuk bekalan perjalanan pulang, bonda telah bermurah hati menyediakan nasi dagang untuk anak dan menantunya.. Berbekalkan nasi dagang air tangan bonda, kami sempat berhenti makan di pantai kemasik.. Mini picnic la lebih kurang.. Alhamdulillah.. Berkat sungguh rasanya air tangan mak... 🌹🌹🌹

Sekarang, melayan demam dan selsema yang melanda.. Di melaka hari ni sudah tidak sesejuk terengganu... Walau apapun, Alhamdulillah..